• English
    • 中文
    • BM

Ms. Amiera Mat Aziz

Cik Amiera Mat Aziz adalah graduan Ijazah Perubatan Tradisional Cina dari Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) yang terletak di Bukit Jalil.

Minat beliau didalam bidang pakar sakit puan dan bidang kesuburan system reproduktif mula berputik apabila Cik Amiera mengikuti sesi praktikal di wad pakar sakit puan dan obstretik (O&G) di hospital TCM dan perubatan barat. Selepas itu, minat Cik Amiera kian berkembang apabila beliau mengikuti latihan praktikal di Pusat Kesuburan Xi.

Setelah tamat pengajian dan mula berkhidmat sebagai Pengamal Perubatan Cina, sebilangan besar pesakit beliau terdiri daripada pesakit IVF yang ingin menggunakan kaedah rawatan cina untuk meningkatkan kadar keberhasilan IVF (IVF successful rate). Oleh sebab itu, Cik Amiera membuat keputusan untuk menjalani latihan khas dan mengambil ‘sub-speciality’ dalam bidang kesuburan sistem reproduktif dan sakit puan, serta berkhidmat di Pusat Kesuburan Xi. Bidang kepakaran Cik Amiera adalah pakar sakit puan, kesuburan sistem reproduktif dan ‘internal medicine’.

ARTICLES