• English
    • 中文
    • BM

Ms. Jacqueline Ngu Pick Hei

Ms. Jacqueline Ngu Pick Hei merupakan graduan Kelas Pertama ijazah Sarjana Muda Perubatan Cina Tradisional dari Inti International University. Beliau ialah pakar perubatan alternatif dan pakar akupunktur profesional berdaftar.

Ms. Jacqueline mengkhusus dalam bidang ginekologi dan kesuburan wanita, termasuk menggunakan teknik perubatan Cina tradisional untuk membantu meningkatkan kadar kejayaan rawatan kesuburan moden.

Beliau dilatih di Shandong University of Traditional Chinese Medicine, China sebelum mengakhiri latihan klinikalnya di Province Chinese Medicine Hospital of Shan Dong dan Affiliated Hospital of Shandong University of Traditional Chinese Medicine yang tersohor dalam rawatan ginekologi dan kesuburan (termasuk integrasi perubatan Barat dan Cina).

Ms. Jacqueline juga telah berpeluang mengasah kemahiran klinikal dan komunikasinya dalam pelbagai bahasa ketika beliau menjalani kursus TCM di beberapa klinik di Malaysia.

Beliau telah menyertai program Silent Mentor dan Bengkel Silent Mentor ke-7 anjuran MILES yang membantunya mendalami ilmu anatomi manusia dan kemahiran akupunktur.

Selain itu, Ms. Jacqueline pernah menyertai beberapa aktiviti amal dan memberikan khidmat rawatan TCM kepada masyarakat umum.

Beliau menyertai Xi Fertility TCM Centre sejak tahun 2015 dengan menawarkan kepakaran dalam bidang kesuburan bagi membantu lebih ramai pasangan menimang cahaya mata, di samping menyediakan kemahiran bagi menangani isu-isu kesihatan lain yang dihadapi oleh wanita.

ARTICLES