• English
    • 中文
    • BM

Ms. Ling Ying Sia

yingsia

Ms. Ling Ying Sia ialah pengamal Perubatan Cina dan pakar akupunktur profesional terlatih yang mengkhusus dalam bidang ginekologi. Beliau komited membantu memenuhi keperluan ginekologi dalam setiap peringkat kehidupan anda, termasuk sepanjang tempoh kehamilan.

Ms. Ling telah menjalani latihan selama 7 tahun di Shanghai University of Chinese Medicine sebelum beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Perubatan Cina Tradisional, Sijil Akupunktur dan Urutan TCM, dan Ijazah Sarjana dalam Ginekologi.

Ms. Ling juga menjalani latihan klinikal selama 2 tahun di Shanghai Yue Yang Hospital (hospital Kelas A di China yang mengintegrasikan Perubatan Cina dan Barat) di bawah penyeliaan Profesor Zhang Ting Ting dan pakar ginekologi terkemuka di Shanghai, Wang Cai Wen. Hasil bimbingan mereka, Ms. Ling telah memperluaskan ilmu dan pengalamannya dalam pelbagai jenis penyakit berkaitan wanita. Sepanjang latihannya, Ms. Ling gigih meningkatkan kemahiran dan pengetahuan beliau dalam teknik TCM untuk rawatan penyakit wanita, sekaligus mengukuhkan keyakinan beliau untuk menjadi pakar ginekologi TCM yang berwibawa.

Sekembalinya ke Malaysia, Ms Ling berkhidmat sebagai pensyarah TCM di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR). Beliau bergiat dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan serta aktif mengadakan sesi rundingan dan ceramah perubatan secara sukarela. Pada tahun 2015, beliau menyertai Xi Fertility untuk menawarkan kepakarannya dalam menangani masalah kesihatan wanita serta menambah baik keberkesanan rawatan kesuburan.

ARTICLES